BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 5 October 2011

PERATUS

Definisi Peratus:
kita sudah mengetahui bahawa peratus ialah nombor yang dinyatakan untuk mewakili dengan penyebut 100.


Misalnya:
7/100=7 per seratus
=7%


simbol yang digunakan untuk mewakili peratus ialah %.
Jadi,7 peratus boleh ditulis sebagai 7%.







Operasi penambahan dalam peratus:
Untuk mencari jumlah nilai selepas peratusan tambahan,kita boleh tambah 100% dengan peratus tambahan,kemudian mendarab nilai asal dengan hasil tambah peratus itu.


Misalnya:
Harga kos=$50,peratus tambahan=10%
Hasil tambah peratus=100%+8%=108%
Jumlah harga kos=$50x108%
                                 $50x108/100=$54




Operasi penolakan dalam peratusan:
Untuk mencari nilai selepas peratusan kurangan,kita boleh kurangkan peratusan daripada 100% terlebih dahulu,kemudian mendarab nilai asal dengan hasil kurang peratus itu.


Misalnya:
Harga jualan=$20,peratus dikurangkan kepada 50%
Hasil kurang peratus=100%-50%=50%
Jumlah harga selepas peratusan ditolak=$20x50%
                                                                       $20%x50/100=$10




Rumus peratus tambahan atau kurangan:

  • Peratus tambahan=nilai tambahan / nilai asal x 100%
  • Peratus keuntungan =keuntungan / harga kos x 100%
  • Peratus kurangan = nilai kurangan / nilai asal x 100%
  • Peratus kerugian = kerugian / harga kos x 100%


Kegunaan peratusan dalam kehidupan:

  1. Digunakan dalam menentukan potongan harga barangan dimana-mana pasaraya
  2. Kadar faedah yang ditetapkan oleh bank atau syarikat kewangan adalah digunakan untuk mengira faedah daripada pokoknya dalam tempoh setahun.
  3. Dijadikan sebagai potongan gaji menggunakan peratusan
  4. Peratusan juga digunakan dalam markah peperiksaan.

                       


Mari belajar peratusan:




Untuk maklumat lanjut boleh layari:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peratus

PERPULUHAN

Definisi perpuluhan:
Sistem angka perpuluhan ialah sistem angka yang menggunakan angka sepuluh sebagai asas.Ia merupakan sistem angka yang paling banyak digunakan.


Perpuluhan sangat mirip dengan pecahan .Perbezaannya ialah bahagian penyebutnya selalunya melibatkan nombor-nombor 10,100,1000 dan lain-lain.


Dalam perpuluhan,simbol titik (.) digunakan.Simbol titik ini bertujuan untuk memisahkan angka perpuluhan daripada setiap nombor bulat disebelah kiri titik perpuluhan.































Contoh-contoh lain:
0.4-dibaca sifar perpuluhan empat
0.04-dibaca sifar perpuluhan sifar empat
1.2-dibaca satu perpuluhan dua
1.12-dibaca satu perpuluhan satu dua
11.45-dibaca sebelas perpuluhan empat lima




Penukaran daripada pecahan kepada perpuluhan:
3/10 ditukarkan kepada perpuluhan dengan menggerakkan titik perpuluhan kekiri mengikut bilangan sifar menjadi 0.3








Penambahan dalam perpuluhan:



Penolakkan dalam perpuluhan:





Penggunaan konsep perpuluhan dalam kehidupan seharian:

  • Konsep perpuluhan ini banyak digunakan dalam kehidupan seharian seperti dalam penggunaan ukuran panjang,berat,tinggi dan sebagainya.
  • Nilai mata wang juga menggunakan konsep perpuluhan 


                  




Cara belajar perpuluhan:




Untuk maklumat lanjut boleh layari:
http://panduanpercuma.info/petua-tips/4219/cara-mudah-fahami-pecahan-dan-persamaannya-dalam-sistem-perpuluhan/

http://www.scribd.com/doc/8144679/perpuluhan-2

PECAHAN

Definisi Pecahan:
Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.
Nombor 1 mewakili semua bahagian dalam keseluruhan.
Nombor 1 boleh diwakili oleh nombor pecahan dimana pengangka dan penyebutnya adalah sama .Contoh:2/2,4/4,5/5.

Bahagian dalam pecahan:

  1. pengangka-angka yang berada diatas
  2. penyebut-angka yang berada dibawah.
contoh:3/4
3 ialah pengangka
4 ialah penyebut


Jenis-jenis pecahan:

  • pecahan wajar(pengangka lebih kecil daripada penyebut)

contoh:1/2,1/4
            


  • pecahan tak wajar(pengangka lebih besar daripada penyebut)
contoh:5/4,8/4



  • pecahan setara(dua pecahan yang sama nilainya)
contoh:1/2 sama dengan nilai 2/4 dan 4/8






  • nombor bercampur(terdiri daripada nombor bulat dan pecahan wajar)
contoh:2 1/2,3 3/4








Kegunaan pecahan dalam kehidupan seharian:
            Untuk membahagikan sesuatu kepada beberapa bahagian .
Contoh:Terdapat sebiji kek untuk dibahagikan kepada empat orang murid.Jadi kek itu harus dipotong kepada empat bahagian dan setiap murid akan mendapat satu per empat daripada potongan itu.





Cara mempelajari nombor pecahan:


Untuk maklumat lanjut boleh layari