BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 5 October 2011

PERATUS

Definisi Peratus:
kita sudah mengetahui bahawa peratus ialah nombor yang dinyatakan untuk mewakili dengan penyebut 100.


Misalnya:
7/100=7 per seratus
=7%


simbol yang digunakan untuk mewakili peratus ialah %.
Jadi,7 peratus boleh ditulis sebagai 7%.







Operasi penambahan dalam peratus:
Untuk mencari jumlah nilai selepas peratusan tambahan,kita boleh tambah 100% dengan peratus tambahan,kemudian mendarab nilai asal dengan hasil tambah peratus itu.


Misalnya:
Harga kos=$50,peratus tambahan=10%
Hasil tambah peratus=100%+8%=108%
Jumlah harga kos=$50x108%
                                 $50x108/100=$54




Operasi penolakan dalam peratusan:
Untuk mencari nilai selepas peratusan kurangan,kita boleh kurangkan peratusan daripada 100% terlebih dahulu,kemudian mendarab nilai asal dengan hasil kurang peratus itu.


Misalnya:
Harga jualan=$20,peratus dikurangkan kepada 50%
Hasil kurang peratus=100%-50%=50%
Jumlah harga selepas peratusan ditolak=$20x50%
                                                                       $20%x50/100=$10




Rumus peratus tambahan atau kurangan:

  • Peratus tambahan=nilai tambahan / nilai asal x 100%
  • Peratus keuntungan =keuntungan / harga kos x 100%
  • Peratus kurangan = nilai kurangan / nilai asal x 100%
  • Peratus kerugian = kerugian / harga kos x 100%


Kegunaan peratusan dalam kehidupan:

  1. Digunakan dalam menentukan potongan harga barangan dimana-mana pasaraya
  2. Kadar faedah yang ditetapkan oleh bank atau syarikat kewangan adalah digunakan untuk mengira faedah daripada pokoknya dalam tempoh setahun.
  3. Dijadikan sebagai potongan gaji menggunakan peratusan
  4. Peratusan juga digunakan dalam markah peperiksaan.

                       


Mari belajar peratusan:




Untuk maklumat lanjut boleh layari:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peratus

0 comments: